Program Taklimat Skim Keselamatan Sosial Dan Temuduga Terbuka Bersama Perkeso Dan Advokasi KDB
31 Julai 2023 | Aktiviti TerkiniPada 30 Julai 2023, PEDi Semanggar Dalam bersama Pejabat PERKESO Negeri Johor telah mengadakan Program Taklimat Skim Keselamatan Sosial dan Temuduga Terbuka Dan Advokasi KDB. Program ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada komuniti sekitar untuk mengetahui lebih mendalam tentang skim caruman yang disediakan oleh pihak PERKESO iaitu Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah. Kaunter temuduga terbuka turut diadakan melibatkan majikan Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
Program ini telah diadakan bermula pukul 9.30 pagi hingga pukul 4.00 petang dan seramai 30 orang penduduk dan pencari kerja hadir ke program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: